Dilancarkan pada tahun 2000, Nokia 3310 merupakan salah satu produk Nokia yang paling berjaya dengan lebih 125 juta unit telah terjual sepanjang hayatnya.
Tidak lama lagi telefon mudah-alih itu akan kembali semula ke pasaran tetapi dengan beberapa perubahan besar, jelas syarikat telekomunikasi gergasi daripada Finland itu.
Salah satu daripadanya adalah kamera PureView 41-megapiksel bersama lensa Zeiss dan denyar Xenon yang diadaptasi daripada Nokia Lumia 1020. Nokia 3310 yang telah diperbaharui ini juga dilengkapi sistem operasi Windows Phone 8 yang telah diubahsuai untuk menyokong paparan sesentuh 3-inch ‘ClearDiamond’ yang telah dilengkapkan ke dalam telefon tersebut.
Di samping itu, Nokia 3310 untuk tahun 2014 ini juga mempunyai ingatan capaian rawak (RAM) sebanyak 2GB, storan terbina dalam sebanyak 32GB, dan sokongan kad MicroSD. Untuk masa ini, Nokia 3310 yang telah diperbaharui ini dilengkapi dengan sokongan untuk rangkaian 3G sahaja. Model dengan sokongan LTE hanya akan berada di pasaran pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Nokia tidak mengumumkan harga dan tarikh jualan bagi Nokia 3310 yang diperbaharui ini tetapi jika anda masih belum sedar, hari ini adalah 1 April. Jadi… 😀
[Sumber: Nokia]
Follow us on Instagram, Facebook, Twitter or Telegram for more updates and breaking news.